• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Lantikan Politik Belum Terima Gaji – JPA

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isu lantikan politik pegawai menteri serta timbalan menteri yang belum menerima gaji adalah berikutan urusan pelantikan yang belum selesai, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam satu kenyataan hari ini berhubung isu bayaran gaji itu menjelaskan ia disebabkan oleh dokumentasi yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat pelantikan dalam perkhidmatan.

Selain itu, JPA berkata terdapat juga kes di mana pegawai tidak bersetuju menerima tawaran pelantikan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana berbeza dengan gred jawatan yang dimohon.

“Sehingga kini, permohonan lantikan kontrak yang telah diterima oleh JPA daripada pelbagai kementerian telah dikemukakan ke SPA untuk pertimbangan,”kata JPA.

JPA menjelaskan bahawa pengisian jawatan di kalangan penjawat awam dibuat sama ada secara penempatan khas atau pinjaman manakala pengisian di kalangan bukan penjawat awam adalah secara kontrak.

Menurut JPA, kuasa melantik pegawai secara pinjaman atau kontrak adalah SPA yang merupakan badan bebas yang mempunyai kuasa pelantikan seperti mana termaktub dalam Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan manakala pengisian secara penempatan khas diuruskan sepenuhnya oleh JPA.

Bagi pelantikan secara kontrak, calon hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan antaranya Kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, had umur tidak melebihi 60 tahun, laporan kesihatan yang diperakukan sihat untuk berkhidmat dan tidak diisytihar bankrap, katanya.

JPA berkata melalui surat edarannya bertarikh 23 Julai 2018 telah memaklumkan proses pelantikan pegawai di pejabat anggota pentadbiran hendaklah mematuhi kaedah pelantikan yang ditetapkan.

“Jika segala dokumen lengkap dan syarat tersebut telah dipenuhi, urusan pelantikan boleh diselesaikan dalam tempoh maksimum dua minggu dari tarikh penerimaan perakuan oleh SPA,”katanya.

Bagi permohonan yang telah diterima sehingga 3 Ogos (2018) hari ini, sekiranya dokumentasi lengkap telah diperolehi, pelantikan dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya 15 Ogos ini (2018), katanya.

“JPA dan SPA akan sentiasa memastikan proses pelantikan akan dipercepatkan sekiranya dokumentasi yang lengkap diterima,”kata JPA.

Menurut JPA, bagi pengisian jawatan secara penempatan khas yang melibatkan 27 pegawai, pelantikan telah dilaksanakan manakala pengisian secara pinjaman yang melibatkan enam pegawai pula sedang dalam tindakan.

JPA berkata pelantikan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Akhbar (SUA), Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), Setiausaha Sulit (SUS) di Pejabat Anggota Pentadbiran tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012(PP6/2012) – Perjawatan dan Perkhidmatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri.

Menurutnya, mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun lalu bersetuju supaya bilangan perjawatan di pejabat tersebut hendaklah mematuhi PP6/2012 dengan tambahan satu (1) jawatan PTTK.

Mengenai dakwaan terdapat pegawai yang “ditamatkan” selepas dua minggu berkhidmat, JPA berkata berdasarkan semakan, perkhidmatan pegawai tersebut tidak diteruskan oleh kementerian berikutan telah melebihi jumlah perjawatan yang diluluskan dan tidak layak untuk dilantik.

Sebuah tabloid sebelum ini melaporkan bahawa terdapat lantikan politik belum menerima gaji selepas dua bulan berkhidmat. – BERNAMA

Tags: GajiJPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azman Jawab Azmin Isu Khazanah Rugi

Next Post

500 Berhimpun Bantah Umat Islam Dihina

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Next Post

500 Berhimpun Bantah Umat Islam Dihina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd