• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kata Ramai Mula Sesal Sokong PH

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lidah rasmi PAS melaporkan orang ramai khususnya Melayu beragama Islam mula berasa kesal kerana membantu Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Akhbar itu melaporkan kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang melihat kepada reaksi masyarakat di media sosial sejak PH mentadbir negara ini.

“Perkembangan yang berlaku di bawah kerajaan PH sekarang agak membimbangkan berkaitan isu ketuanan Melayu dan Islam.

“Contohnya pelantikan jawatan penting dalam bidang kehakiman. Bekas-bekas pemimpin PAS yang kini bersama PH pun mungkin tidak suka apa yang berlaku itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Che Abdullah, pemimpin PH terbabit terpaksa mencari seribu alasan bagi menghalalkan segala tindak tanduk kerajaan PH kerana mereka telah memilih.

Beliau seterusnya menyelar media baharu proPH kononnya membandingkan seorang bukan Islam yang jujur, telus dan integriti berbanding orang Islam tidak jujur dalam jawatan penting kerajaan.

“Mengapa hendak banding dengan orang Islam yang rasuah dan tiada integriti. Sedangkan ramai orang Islam yang ada integriti,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd