• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Gesa Doktor Kritik LGBT Tidak Dihukum

oleh Haris
12/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menggesa seorang doktor perubatan yang menulis di Facebook mengkritik aktivis Marina Mahathir yang membela pengamal seks songsang tidak dihukum oleh kerajaan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata hak bersuara doktor tersebut tidak boleh dinafikan.

Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi pada 6 Ogos lalu menulis satu hantaran di Facebook peribadi beliau yang disifatkan sebagai surat terbuka buat Marina, aktivis LGBT yang juga anak kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan yang pengamal perubatan tidak mendiskriminasi golongan LGBT, tetapi beliau berpandangan gaya hidup berisiko itu tidak sepatutnya disokong.

Pandangan Dr Ilyani telah disalah erti dan dianggap menyeru kepada diskriminasi golongan LGBT dan penyokong mereka, yang telah membuat aduan di Facebook dan Biro Pengaduan Awam, memungkinkan tindakan dikenakan ke atas beliau.

Tulisan Dr Ilyani itu bagaimanapun sudah dipadamkan dipercayai ekoran tekanan daripada banyak pihak termasuk kalangan pengamal perubatan sendiri.

“Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka.

“Beliau juga dalam menyuarakan pandangannya sama sekali tidak menolak keperluan dakwah dan pemulihan kepada golongan LGBT ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Siti Zailah juga menggesa agar keberanian Dr Ilyani menyampaikan pandangannya itu diberi pujian dan bukan dikecam.

“Sehubungan itu, kami Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti,” tegasnya lagi. – Mynewshub.tv

Tags: Dewan Muslimat PASLGBTSiti Zailah Mohamad Yusoff
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jho Low: Kembali Ke Malaysia, Berdepan Pihak Berkuasa – KJ

Next Post

Kes Lupus Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Bersambung

Related Posts

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

30/07/2023
0

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender...

Next Post

Kes Lupus Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Bersambung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd