• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Dakwa Jadi Ejen Perubahan Di Kelantan?

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan beruntung kerana anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini bersama parti itu sebagai ejen perubahan di Kelantan.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, Nik Omar akan bersama PAN untuk berperanan sebagai ejen pengubah, berlumba-lumba menyebarkan kerja kebajikan sejagat dan membangunkan ekonomi di negeri itu.

“Ustaz Nik Omar mengajak para pemuda bersama dengannya untuk melawan ifsad (perubahan ke arah kerosakkan).

“Berkali-kali Ustaz Nik Omar mengulangi beliau tumpang bersemangat apabila melihat para pemuda cekal dan berani menentang kezaliman dan menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya ke-14 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu turut memuji tindakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz iaitu Nik Omar keluar PAS untuk menyertai PAN.

Kata Mahathir yang kini Perdana Menteri Malaysia berkata, PAS telah menyimpang jauh daripada perjuangan sebenar parti Islam tersebut.

“Semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini dan menjadi seperti kaum muslimin di zaman para Khulafa ar-Rasyidin yang sentiasa membantu para khalifah dengan menasihati, menegur serta membantu mereka yang menegakkan kebenaran,” kata Hazmi lagi. – Mynewshub.tv

Tags: ejenNik Omar Nik Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

09/07/2023
0

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu ejen yang didakwa meminta bayaran RM18,000 kepada wanita warga China...

Yadim Tidak Wajar Dicabuli Demi Kepentingan Politik

30/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd