• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Kaji Semula Had Umur Minimum Perkahwinan

oleh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kerangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng berkata kerajaan negeri mengarahkan penasihat undang-undang negeri untuk mengkaji semula perkara tersebut.

Beliau berkata perkahwinan pada usia muda membabitkan kanak-kanak berkemungkinan berakhir dengan perceraian dan ibu bapa seharusnya menyekat perkara itu dengan tidak memberi kebenaran.

“Undang-undang juga harus mengikut masa dan keperluan. Kita perlu menggunakan sesuatu yang diterima akal. Perkahwinan pada usia terlalu muda tidak akan berjaya dan mungkin berakhir dengan perceraian.

“Mereka masih muda seharusnya berkahwin selepas berusia 18 tahun,” katanya ketika menggulung ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperuntukkan umur minimum untuk perkahwinan adalah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenarannya secara bertulis dalam keadaan tertentu.

Isu perkahwinan bawah umur timbul selepas seorang lelaki berumur 41 tahun berkahwin dengan seorang budak perempuan berumur 11 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun lalu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Afif Bahardin dalam ucapan penggulungannya berkata kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kesihatan memutuskan untuk menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi memperkasa sektor kesihatan di negeri ini.

Beliau berkata antara jawatankuasa akan ditubuhkan adalah Jawatankuasa ‘Non-Communicable Disease’ (Penyakit Tidak Berjangkit), Jawatankuasa Pemantauan Projek-projek Infrastruktur Kesihatan dan Jawatankuasa Pelancongan Perubatan.

Beliau berkata dalam masa sama, pihaknya turut mengekalkan Jawatankuasa Petugas Khas Denggi yang ditubuhkan sebelum ini.

“Kesemua ini dibuat demi memastikan kerajaan negeri dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Persidangan dewan disambung esok. – BERNAMA

Tags: kahwin muda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tak Perlu Pertahankan Saya – Najib

Next Post

Puluhan Maut Serangan Udara Di Yaman

Related Posts

Kahwin Muda Cabul Hak Asasi Kanak-Kanak

14/12/2018
0

PERKAHWINAN muda yang berlaku di negara ini merupakan pencabulan hak asasi kanak-kanak. Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk...

Selangor Pertama Naikkan Had Umur Perkahwinan Jika Pindaan Diluluskan

03/09/2018
0

SHAH ALAM - Selangor akan menjadi negeri pertama melaksanakan had umur minimum perkahwinan iaitu 18 tahun, sekiranya cadangan pindaan enakmen...

Next Post

Puluhan Maut Serangan Udara Di Yaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd