• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sarang Bersepadu Berkas 11 Individu

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Sebanyak 11 individu ditahan polis dalam operasi di Kampung Lok Buani Tanjung Labian, Kampung Sinakut Felda Sahabat dan Kampung Ulu Taburi Tungku, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kesemua individu yang berusia 19 hingga 52 tahun itu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu atas kesalahan berkaitan dadah dan tiada dokumen pengenalan diri.

“Daripada jumlah itu, empat individu ditahan kerana memiliki dadah dan positif syabu dalam ujian saringan awal, manakala tujuh lagi ditahan kerana tidak mempunyai keterangan diri.

“Operasi dimulakan seawal pukul 3 pagi melibatkan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dibantu oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hamzah, seorang lelaki berusia 50 tahun turut ditahan kerana memiliki syabu seberat 5.03 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lok Buani.

“Semasa pemeriksaan badan dijalankan polis telah menemukan satu plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine yang disimpan dalam poket sebelah kanan seluar pendek berwarna kelabu serta berjalur dipakai suspek.

“Suspek warga asing itu direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd