• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Perlu ‘Move On’

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAYA membaca bantahan ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar terhadap pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator rundingan damai Wilayah Selatan Thailand. Menurut Nurul Izzah, Rahim ialah seorang “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah” yang merujuk kepada peristiwa mata lebam yang dialami oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 tahun yang lalu.

Pada saya, Nurul Izzah sewajarnya tidak membantah pelantikan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini. Sudah tentu Tan Sri Rahim mempunyai nilai keistimewaannya yang tersendiri sehingga menyebabkan dirinya terpilih menggalas tugas penting ini. Rekod pernah menunjukkan beliau berjaya melakukan tindakan pantas dalam masa beberapa saat yang akhirnya menggemparkan negara. Perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan di Selatan Thailand saya kira adalah satu perkara yang ringan baginya.

Bukan tahap Tan Sri Rahim untuk hanya mengerjakan ibadah korban senyap-senyap di Selatan Thailand seperti Menteri tertentu. Jika sekadar untuk berkorban dan mencari fakir miskin, sudah tentu di tanah air kita Malaysia masih ramai fakir miskin yang memerlukan. Bukanlah salah berkorban di Selatan Thailand, tapi tahap Tan Sri Rahim bukan di situ.

Saya kira Nurul Izzah perlu ‘move on’. Cerita mata lebam hanyalah luka kecil sahaja. Fikirlah untuk kepentingan masa depan negara. Tun Dr Mahathir sudah tentu masih mengingati dengan jelas peristiwa mata lebam tersebut apatah lagi beliaulah Perdana Menteri ketika peristiwa itu berlaku. Namun, jika beliau boleh melupakan kesilapan Tan Sri Rahim tersebut, kenapa tidak Nurul Izzah Anwar. Apatah lagi, pelantikan itu (jika benar berlaku) tentunya dalam pengetahuan Timbalan Perdana Menteri iaitu ibu kepada Nurul Izzah sendiri.

Jadi, terimalah keputusan kerajaan. Mana mungkin jika kita menanam lalang, kita dapat menuai padi.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 28/8/2018

Tags: Nurul IzzahPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd