• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Terbaik Sepanjang Zaman

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Datuk Nicol David kini boleh bersara dengan tenang apabila memahat nama sebagai atlet terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan Asia selepas merangkul pingat emas ketujuhnya sepanjang temasya.

Membuat penampilan sulung Sukan Asia di Bangkok 1998, Nicol menewaskan rakan senegara yang 16 tahun lebih muda, S. Sivasangari untuk menghadiahkan pingat emas kedua kontinjen Malaysia dalam temasya Jakarta-Palembang.

Lebih istimewa, kejayaan itu hadir pada hari ulang tahunnya yang ke-35, hari ini selepas dia dikerah bekerja keras untuk menang 11-13, 11-9, 5-11, 11-6, 11-8 di Gelora Bung Karno.

Juara dunia lapan kali itu yang mengumumkan Sukan Asia kali ini adalah penampilan terakhirnya turut berkedudukan baik untuk menokok emas peribadi kelapan apabila mengetuai Malaysia mempertahankan kejuaraan berpasukan wanita yang bermula di Gelora Bung Karno esok.

“Menyumbang pingat emas kepada negara sememangnya hadiah hari jadi paling sempurna buat saya.

“Begitupun, saya juga kagum dengan Sivasangari kerana dia berjaya membuktikan dirinya antara yang terbaik di Asia pada usia muda.

“Saya percaya, kami hadir di sini bersama pasukan yang kuat kerana pemain remaja juga sudah mula menunjukkan peningkatan luar biasa,” kata Nicol, yang kini mengintai emas kedua dalam acara berpasukan.

Kata Nicol lagi, dia kini boleh menggantung raket daripada Sukan Asia dengan tenang kerana Sivasangari dilihat sudah mampu menjadi pelapis masa depan, malah Malaysia juga memiliki Low Wee Wern yang bakal memperkuatkan saingan berpasukan.

Nicol menjadi atlet Malaysia paling banyak meraih pingat emas dalam Sukan Asia selepas Tan Sri Dr. M. Jegathesan dan Datuk Ng Boon Bee, yang masing-masing meraih tiga emas.

Secara keseluruhan, skuasy juga telah menyumbang sembilan pingat emas sejak diperkenalkan di Bangkok 1998. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Nicol DavidSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicol Kalah Dalam Suku Akhir Terbuka Oracle Netsuite

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal dalam usaha untuk mengulangi kejayaan tahun lepas apabila kalah dalam...

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd