• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Uji Pemain Muda Pada Piala Cabaran 2018

oleh
02/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Wakil tunggal pasukan Liga Super yang bakal beraksi pada Piala Cabaran 2018, Negeri Sembilan mahu memberi peluang kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka pada kejohanan julung kali diadakan itu.

Selepas tersingkir ke Liga Premier musim depan dan terlepas slot beraksi pada Piala Malaysia 2018 setelah menamatkan cabaran Liga Super musim ini di tempat tercorot, jurulatih Mario Lemos berharap barisan pemain muda dapat memberi sedikit keceriaan kepada penyokong pasukan berkenaan.

“Saya merasakan kejohanan ini platform dan peluang terbaik kepada pemain muda ini membuktikan mereka layak berada dalam pasukan. Sudah tentu kita mahu memberi keceriaan kepada penyokong, dan ini peluangnya (selepas prestasi mengecewakan dalam Liga Super),” katanya kepada pemberita hari ini.

Negeri Sembilan, yang dilihat pasukan pilihan menjuarai kejohanan itu, berdepan laluan sukar setelah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama UKM FC, Terengganu FC II dan Sarawak, manakala Kumpulan B terdiri daripada UiTM FC, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

“Kita bukan pasukan pilihan jika kita beraksi sama seperti ketika saingan Liga Super. Saya tidak berpuas hati kita menamatkan cabaran dalam saingan liga kerana prestasi sangat buruk, terutama dalam beberapa perlawanan terakhir. Saya rasa kita perlu bermain dengan lebih baik,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu.

Piala​ Cabaran dijadual dari 7 Ogos hingga 13 Okt ini, merupakan kejohanan baharu diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal layak ke Piala Malaysia selepas kejohanan berprestij itu sekali lagi diasingkan daripada kalendar Liga-M.

​​​​​​​​​​​​​Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan terbawah daripada 12 pasukan, selepas hanya mengumpul 15 mata daripada 22 perlawanan, sekali gus tersingkir ke Liga Premier 2019 bersama-sama pasukan di tempat ke-11, Kelantan. – BERNAMA

Tags: Piala Cabaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TFC II Rangkul Edisi Sulung Piala Cabaran 2018

15/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) muncul juara edisi sulung Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan...

Piala Cabaran: P.Pinang Akur Tunduk Pada JDT II

13/09/2018
0

BATU KAWAN - Johor Darul Ta’zim (JDT) II, berpesta gol selepas membenam Pulau Pinang 5-1 di Stadium Negeri Batu Kawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd