• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Cabar Lapor Polis Isu ‘Rompak’ GST

oleh
17/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADA BERANI?…  Datuk Seri Najib Tun Razak cabar Lim Guan Eng lapor polis isu dakwaan konon RM19 bilion bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) ‘dirompak’ Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu berkata, di sebalik tuduhan liar di Parlimen kerana Pakatan Harapan (PH) ada imuniti, Guan Eng sepatutnya secara peribadi buat laporan polis dengan nyata secara jelas BN telah rompak dana tersebut.

“Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka (menteri kewangan) kini menuding jari ke arah kerajaan BN. Ini adalah sebab sebenar mengapa banyak janji manifesto PH kekal tidak ditunaikan.

“Juga mengapa program bantuan kepada golongan memerlukan pula dipotong manakala kenaikan gaji kakitangan awam dibekukan, dan bukanlah kerana tuduhan ciptaan mereka kononnya hutang negara adalah RM1 trilion.

“Kemudian dakwa BN ‘merompak RM19 bilion daripada dana tuntutan GST’,” kata Najib dalam nada sindiran sebagai ulas kegagalan PH tunai pelbagai janji manis manifesto mereka sendiri dengan cipta banyak dalih baharu.

Minggu lepas, Guan Eng mengejutkan Dewan Rakyat dengan berkata BN ‘merompak’ wang bayaran balik GST dan akibat itu wujudnya kekurangan sebanyak RM19 bilion wang yang tidak dibayar balik kepada peniaga sejak 2015.

Setakat ini, Ahli Parlimen BN Rembau, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan mahu kes tersebut dibawa kepada pihak mahkamah jika benar berlaku ‘rompakan’ seperti ditohmah Guan Eng.

Sistem GST 6 peratus mula disifarkan pada 1 Jun lepas dan kerajaan PH bakal memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September depan sempena Hari Kebangsaan 2018 dengan kadar 16 peratus.

Najib berkata, kerajaan PH juga perlu membayar balik cukai input sebanyak RM8 bilion kepada peniaga bagi GST yang dibayar ke atas pembelian dan perbelanjaan (termasuk import barangan) untuk bulan April dan Mei.

“Kesemua itu melibatkan kurangan sebanyak RM31 bilion bagi tahun ini.” Justeru beliau berkata, defisit pendapatan daripada GST itu menyebabkan PH potong bantuan kepada golongan miskin dan tidak naik gaji penjawat awam.

Mengulas lanjut Najib berkata, kerajaan PH sebaliknya lebih minat menyalahkan BN atas kegagalan laksana janji manifesto kempen pilihan raya umum mereka dan berlindung di sebalik kekebalan diberikan oleh Parlimen.

Ini termasuk dengan buat dakwaan jahat konon BN ‘rompak’ RM19 bilion wang bayaran balik GST yang kemudian terbukti tidak benar setelah dinafikan sendiri oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia sendiri minggu lalu.

Najib yang juga bekas menteri kewangan turut mengingatkan orang ramai tentang kemungkinan cukai baharu diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi tampung kekurangan hasil akibat pemansuhan GST. – Mynewshub.TV

Tags: GSTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd