• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium British Serah Barang Antik Curi Kepada Iraq

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Muzium British berkata semalam, ia memulangkan semula koleksi barangan antik Iraq yang dicuri berusia sehingga 5,000 tahun selepas mengenal pasti asal usulnya.

Lapan objek itu dirampas polis Britain pada Mei 2003, beberapa bulan selepas pencerobohan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq, daripada seorang peniaga di ibu kota ini yang gagal menunjukkan sebarang dokumen.

Biasanya butiran terperinci barangan itu sukar diperoleh, namun tiga daripadanya, kon tanah liat dibakar, mengandungi inskripsi atau tulisan Sumeria yang memberi petunjuk dari mana asal usulnya.

Dalam satu kebetulan yang luar biasa, ia sama dengan kon ditemui di tapak bandar lama Girsu, kini dikenali Tello di selatan Iraq di mana Muzium British melatih pakar arkeologi Iraq sejak 2016.

“Objek pecah yang ditinggalkan perompak berhampiran lubang curi adalah kon pecah dengan inskripsi sama yang kami temui pada kon yang dirampas,” kata ketua arkeologi pasukan itu, Sebastien Rey.

Kon sama juga ditemui pada dinding sebuah tapak di kuil Eninnu, menunjukkan sumber barangan dicuri dikatakan Rey ‘jelas amat unik.’

Rampasan di tapak itu tidak meluas seperti tempat lain di selatan Iraq, menunjukkan objek yang dibawa di sini diambil waktu malam, kemungkinan oleh sejumlah kecil individu.

Objek itu diserahkan kepada Kedutaan Iraq hari ini ketika satu upacara persendirian di muzium, dari mana ia akan dikembalikan kepada Iraq dan diharapkan Rey dapat dipamerkan kepada umum. – AFP/BH ONLINE

Tags: antikMuzium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mourinho Akur Dalam Marah

Next Post

Kecoh Bayi Lemas Dalam Pesawat Tapi Kru Enggan Buka Pintu

Related Posts

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

05/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Langkawi, Kedah dan menukarnya...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

Next Post

Kecoh Bayi Lemas Dalam Pesawat Tapi Kru Enggan Buka Pintu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd