• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Masih Dirawat Di Hospital

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, masih menerima rawatan di hospital dan belum pasti bila dapat pulang ke Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Peguamnya, Amer Hamzah Arshad, berkata Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga masih dalam pemantauan doktor di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

“Saya hanya boleh katakan Tan Sri Musa masih lagi dalam pemantauan (doktor). Bukan kedudukan saya untuk bercakap bila beliau dibenarkan keluar (daripada hospital) atau bila dijangka pulang (ke Sabah),” katanya.

Musa masih mempunyai baki 15 hari sahaja lagi untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN Sabah atau bakal kehilangan kerusi jika gagal berbuat demikian sehingga 11 September.

Musa yang berada di London sejak pertengahan Mei lalu kerana dilaporkan mendapatkan rawatan kesihatan, kembali ke Malaysia pada 21 Ogos lalu dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Beliau dilaporkan akan mengangkat sumpah di DUN Sabah pada Jumaat lalu namun tidak berbuat demikian selepas dikatakan perlu menjalani rawatan lanjut di hospital.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dilaporkan berkata polis dijangka menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini berhubung kes ugutan jenayah membabitkan Musa terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. – BH Online

Tags: hospitalTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd