• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Angkat Sumpah Anggota Parlimen Pagoh

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Pagoh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Majlis mengangkat sumpah itu diadakan sebelum persidangan Dewan Rakyat bersidang pagi ini.

Mohamad Ariff selepas itu mengalu-alukan kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau turut berharap Muhyiddin dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah dengan berhujah secara baik, dalam usaha memastikan institusi Parlimen negara kekal disegani oleh setiap lapisan masyarakat.

“Seperti saya ingatkan sebelum ini, Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam menentukan undang-undang negara dengan tujuan memberi manfaat terbesar kepada rakyat. Ia mempunyai kewibawaan sendiri dan melengkapkan cabang pemerintahan yang lain.

“Justeru, peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan haruslah dihayati sebaiknya dalam usaha-usaha menambah baik dan penggubalan undang-undang haruslah diteruskan supaya Parlimen disegani dan dirahmati segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercuti sejak 12 Julai lepas bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas.

Beliau menjalani pembedahan itu di Singapura baru-baru ini dan dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth pada 7 Ogos lepas.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim sebelum ini dilaporkan berkata tahap kesihatan Muhyiddin semakin baik ketika ini dan beliau dijangka kembali bertugas serta menghadiri beberapa mesyuarat bermula minggu ini.

Muhyiddin dijangka menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh enam bulan sebagai langkah memastikan masalah ketumbuhannya tidak berulang. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Pekerja Restoran Maut Kereta Dinaiki Rempuh Pokok

Next Post

Sita Kapal Equanimity Ikut Prosedur Undang-Undang

Related Posts

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

02/12/2023
0

CHUKAI: Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja)...

Next Post

Sita Kapal Equanimity Ikut Prosedur Undang-Undang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd