• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Akan Buktikan Pesawat Jho Low Dibeli Dengan Wang Curi

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau Jho Low, dibeli dengan duit yang dicuri daripada negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu penting sebelum pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini.

“Kita kena buktikan bahawa wang yang digunakan untuk membeli jet itu adalah wang yang dicuri.

“Kalau dia (Jho Low) mencuri wang daripada Malaysia, maka jet itu adalah milik kita, sama seperti bot (Equanimity),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang pesawat peribadi itu.

Pesawat Bombardier Global 5000 yang dianggarkan berharga AS$35 juta itu didakwa dibeli menggunakan wang yang diambil daripada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia kini dilaporkan berada di tempat meletak pesawat persendirian di Seletar Aerospace Park, Singapura.

Kapal mewah Equanimity yang diserahkan kepada Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia, tiba di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos lepas. Ia turut dikaitkan dengan siasatan skandal 1MDB. – BERNAMA

Tags: Jho LowTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd