• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Ifwat Sedia Diturunkan Pada Aksi Berdepan Jepun

oleh
21/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia Mohd Ifwat Akmal Che Kassim bersedia sekiranya diturunkan pada pertembungan aksi kalah mati acara bola sepak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berdepan Jepun, Jumaat ini.

Pemain berusia 21 tahun itu berkata siapa pun yang dipilih ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan itu nanti tidak penting, sebaliknya setiap pemain perlu menunjukkan semangat juang tinggi dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Beliau, bagaimanapun berazam menampilkan aksi terbaik dan memberikan segalanya jika diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab tersebut.

“Tidak kira siapa pun yang akan bermain, semua barisan pemain perlu fokus kerana Jepun adalah sebuah pasukan yang baik. Jurulatih (Kim Swee) sudah pasti mempunyai perancangan dan semua pemain perlu menghormatinya,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Pada aksi terakhir Kumpulan E semalam yang menyaksikan Malaysia tewas tipis 2-3 pada tangan Bahrain, Mohd Ifwat mempamerkan aksi terpuji dengan bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan satu lawan satu untuk mempertahankan gawang negara.

Kesilapan mudah yang dilakukan benteng pertahanan negara, bagaimanapun berjaya dimanfaatkan Bahrain untuk bangkit menjaringkan tiga gol selepas ketinggalan satu kosong pada minit ke-20 hasil jaringan Muhammad Syahmi Safari.

Justeru, pemain Kedah itu berharap rakan sepasukan bangkit melupakan kekecewaan semalam dan menumpukan sepenuh fokus terhadap perlawanan menentang Jepun.

“Saya masih belum berpuas hati terhadap prestasi saya. Banyak yang perlu diperbaiki kerana dalam bola sepak kita tidak selalu dapat mengekalkan prestasi baik itu. Walaupun ada sedikit kesilapan yang dibuat, ia sudah tentu akan memberikan impak kepada keputusan perlawanan,” tambahnya.

“Saya berharap pada perlawanan dengan Jepun semua pemain dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah dan berikan yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd