• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Mohon Masa Untuk Stabilkan Harga Getah Sabah

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong meminta rakyat khususnya pekebun getah agar memberinya masa untuk menstabilkan harga komoditi itu.

Katanya masa yang lama diperlukan untuk beliau mengkaji serta mencari kaedah terbaik bagi memberikan harga yang memuaskan kepada pekebun.

“Harga getah di Sabah ini satu perkara yang sangat rumit… Apa yang saya perlukan daripada mereka (pekebun) ialah masa yang lebih untuk meneliti semua sudut,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-97 dan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Yin, malam tadi.

Harga semasa komoditi itu di Sabah ialah RM3.75 sekilogram bagi susu getah, getah keping gred I (RM2.05/kg), gred II (RM1.70/kg), kentalan gred I (RM1.90/kg), gred II (RM1.60/kg) dan getah sekerap (0.35 sen/kg).

Mengulas cadangan agar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) hanya memainkan peranan sebagai pemudah laksana kepada pekebun, Wong berkata perkara itu agak sukar dilaksanakan kerana LIGS memiliki kilang dengan lebih 600 pekerja.

“Menutup kilang-kilang ini bukan satu langkah bijak kerana pekerja terbabit bergantung sepenuhnya kepada LIGS sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Selain itu katanya kementerian juga terpaksa membelanjakan sekitar RM27 juta untuk membayar gaji pekerja terbabit sekiranya kilang-kilang berkenaan ditutup.

“Kedua-dua jalan juga tidak adil kepada pihak yang terlibat, sebab itu saya perlukan masa tambahan untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isu Kestabilan Harga GetahSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd