• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Guna Logo Sendiri PRK DUN Balakong

oleh
10/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANDING… Komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengumumkan akan guna logo parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan dramatik tersebut diambil selepas dipersetujui sebulat suara oleh keseluruhan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkenaan yang bermesyuarat di ibu negara hari ini.

Dalam penampilan pertamanya di depan media selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau memberitahu, MCA sudah dapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding atas logo parti itu.

“Kita sudah lama menghantar surat permohonan (untuk bertanding atas logo sendiri) kepada pihak SPR dan ia telah dipersetujui secara rasmi baru-baru ini,” kata Tiong Lai dalam sidang akhbar khas berlangsung di Wisma MCA.

Kerusi DUN tersebut kosong berikutan kematian penyandangnya secara mengejut, Ng Tien Chee, wakil dari DAP yang bertanding atas tiket PKR; akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga dekat ibu negara pada 20 Julai lepas.

Mengulas lebih lanjut Tiong Lai juga memberitahu bahawa beliau akan memaklumkan keputusan tersebut kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO, dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan dan ahli parlimen Bentong di Pahang itu memberi jaminan MCA tidak akan meninggalkan komponen BN yang turut disertai MIC lebih 60 tahun lepas sebelum negara capai kemerdekaan.

Hari penamaan calon bagi PRK DUN Balakong ditetapkan SPR pada 18 Ogos manakala tarikh pengundian pada 8 September, dengan tempoh kempen 21 hari, iaitu terpanjang berbanding hanya dua minggu sejak 1990-an lalu.

Ia diadakan secara serentak dengan PRK DUN Seri Setia susulan penyandangnya dari PKR, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat barah usus di Hospital Putrajaya pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Tien Chee mengalahkan dua pencabarnya​​, Lim Chin Wah calon BN dari MCA dan wakil PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti sebanyak 35,538 undi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Liow Tiong LaiMCAPilihan Raya Kecil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd