• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak Terlibat Majlis Tampil Wanita Seksi?

oleh
05/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pejabat Menteri Besar Perak, jabatan atau agensi kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran satu majlis ‘amal’ menampilkan seorang penyanyi wanita berpakaian seksi seperti mana yang tular di media sosial.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu menegaskan semakan telah dibuat dan mendapati tiada sebarang tajaan atau kehadiran wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan serta agensi kerajaan negeri pada majlis itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya pembabitan saya, pejabat Menteri Besar dan juga mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tidak dengan majlis itu.

“Saya tidak pasti apakah niat pihak berkenaan berbuat demikian, tetapi saya memandang serius perbuatan berkenaan kerana ia melibatkan imej institusi Menteri Besar dan juga kerajaan negeri keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas satu klip video berdurasi 1 minit 24 saat yang menunjukkan seorang penyanyi wanita menari dan menyanyi dengan pakaian seksi pada majlis makan malam anjuran sebuah persatuan kebudayaan dan pelancongan di negeri itu yang difahamkan berlangsung semalam.

Terpapar pada layar skrin di atas pentas ucapan penghargaan terima kasih kepada tetamu kehormat Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran dan Menteri Besar selain memaparkan Jata Negeri Perak, logo Visit Perak 2017 serta logo Tourism Perak.

Ahmad Faizal berkata susulan kejadian itu, beliau telah mengarahkan mana-mana pihak yang ingin menggunakan imejnya atas kapasiti sebagai Menteri Besar, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen supaya merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal AzumuSeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd