• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maya Karin Berkorban Kasih

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktres popular, Maya Karin, 38, sanggup berkorban cinta kerana tidak mahu meninggalkan kehidupannya sebagai selebriti.

Pelakon yang pernah diangkat Aktres Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun, itu mendedahkan dirinya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berprofil tinggi dari Sepanyol.

Bagaimanapun, hubungan selama dua tahun itu menemui titik noktah pada 2016.

“Saya tidak pernah berkongsi cerita mengenai bekas kekasih saya ini dengan sesiapa. Saya terpaksa berahsia kerana kedudukannya sebagai lelaki berprofil tinggi.

“Kami saling berjanji cinta dan sumpah setia, tetapi hanya bertemu empat kali dalam tempoh setahun. Saya akui, amat menyayanginya, tetapi terpaksa ambil keputusan mengundurkan diri.

“Sukar untuk saya menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Bekas kekasih pula tidak mahu berkorban meninggalkan apa yang ada dalam genggamannya, begitu juga saya. Jadi, tiada guna meneruskan perhubungan itu,” katanya yang sudah lapan tahun hidup menyendiri selepas bercerai pada 2010.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mengakui, sesekali dirinya berasa sunyi dan teringin mempunyai kekasih.

Katanya lagi, bukan tidak ada lelaki Melayu yang cuba mendekati, tetapi tiada keserasian antara mereka dan sebahagiannya berstatus suami orang.

Bintang utama filem Munafik 2 itu berkata, dia juga bukannya tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin semula.

“Saya bagaimanapun tidak berasakan akan bertemu jodoh dalam masa setahun setengah ini. Jika ada pun, mungkin apabila usia sudah mencecah 40 tahun ke atas.

“Saya mencari teman sehidup semati, jadi tidak perlu terburu-buru ke arah itu. Sekiranya ditakdirkan tiada jodoh untuk berkahwin lagi, saya mungkin mengambil anak angkat sebagai peneman hidup,” katanya.

Maya berkata, dia bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan, sama ada dalam bidang lakonan dan perniagaan.

“Orang luar mungkin tidak tahu, saya memiliki perniagaan pelaburan hartanah dan pembinaan bangunan. Saya kini sedang mengendalikan projek hartanah di Subang. Sebelum ini, saya membangunkan projek banglo kecil di Kelana Jaya dan Damansara.

“Jika saya tidak lagi berlakon nanti, mungkin saya akan memberikan sepenuh tumpuan pada perniagaan yang diusahakan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: maya karinpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd