• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Mahu Berlakon Di Televisyen

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU KLANG – Pelakon, Mira Filzah, akan tetap menerima undangan berlakon drama bersiri mahupun telefilem walaupun dirinya kini mula aktif beraksi untuk naskhah tayangan layar perak.

Enggan meletakkan dirinya sebagai pelakon filem saja, Mira berkata, masing-masing mempunyai pendirian dan alasan sendiri sama ada mahu membuat penampilan di pawagam atau televisyen semata-mata.

Bagi Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, kemunculan dalam drama dan telefilem adalah antara promosi berterusan buat seseorang pelakon.

“Saya tidak kisah pun untuk kembali kepada lakonan siri TV walaupun sudah mula berlakon filem kerana yakin setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri, baik dari segi pemilihan naskhah mahu pun penerimaan penonton.

“Kita mungkin hanya muncul menerusi sebuah atau dua filem setahun, manakala drama berantai menemui penonton dalam tempoh panjang, sekali gus membuatkan orang ramai sentiasa nampak kerja kita.

“Saya pula tidak mahu meletakkan diri hanya ekslusif untuk layar perak sebab saya bermula di televisyen. Malah, melihat senario semasa, orang ramai tetap pergi ke panggung walaupun kerap nampak wajah kita di kaca TV.

“Perlu diakui, peminat sanggup membeli tiket wayang bukan kerana kerja kita seorang, sebaliknya didorong pelbagai elemen termasuk barisan pelakon, plot cerita selain pelbagai faktor tambahan,” katanya pada sidang media filem Rise: Ini Kalilah.

Filem arahan tiga sutradara iaitu Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath itu mengambil inspirasi Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan peralihan kerajaan baharu.

Selain Mira, yang baru-baru ini membintangi Sangkar, filem yang bakal ditayangkan pada Hari Malaysia, bulan depan, turut membariskan Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Jenn Chia dan Shashi Tharan. – BH ONLINE

Tags: Mira Filzahpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd