• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuhkan Tol Motosikal Jambatan P. Pinang

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang diminta memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang demi menjaga kebajikan rakyat negeri ini yang berpendapatan rendah dan mengotakan janji ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) berkata cadangan itu selaras dengan hasrat Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang mahukan Kerajaan Negeri memberikan pembelaan kepada golongan itu.

Beliau berkata cadangan pemansuhan ini juga boleh dianggap sebagai menghargai mandat yang diberi pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga berjaya mempertahankan negeri ini dan membentuk Kerajaan Persekutuan

“Sebagai menghargai mereka, apa salahnya jika tol tidak dikenakan kepada penunggang motosikal kerana majoriti mereka adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan laluan itu untuk mencari rezeki menyara keluarga,” katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, pihak konsesi secara keseluruhannya mengutip bayaran sebanyak RM667,788 sebulan daripada penunggang motosikal manakala lebih RM10 juta untuk tempoh sama bagi pengguna kereta.

“Saya harap cadangan ini dipertimbangkan untuk kesejahteraan rakyat pengguna motosikal Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum PRU14 bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang, sekiranya berjaya menawan negeri ini manakala PH Pulau Pinang pada masa sama berjanji untuk memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang, sekiranya terus diberi mandat untuk mentadbir negeri ini.

Sementara itu, Mohd Yusni turut memohon agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya meneruskan pembelaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan pemberian bantuan.

Beliau berkata bantuan kewangan kepada golongan ini harus diteruskan supaya kehidupan harian mereka tidak terjejas walaupun dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu.

“Ia tidak wajar dihentikan dan perlu terus diberikan walaupun dengan penjenamaan semula demi menjaga kelangsungan dan kesejahteraan rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dinasihat supaya tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang terpalit dengan kontroversi rasuah. – BERNAMA

Tags: mansuh tolmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular satu rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sebelum bertindak memarahi pemandu kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd