• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hargai Pengorbanan Askar New Zealand Bagi Kemerdekaan

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Operasi Te Auraki Operation yang berakhir hari ini merupakan peristiwa penting dalam hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan New Zealand, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Ketika ditemui pemberita pada upacara penyerahan 27 rangka askar New Zealand di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, Mohamad said Te Auraki yang bermakna “Pulang” dalam bahasa Maori adalah operasi bernilai tinggi untuk Malaysia.

“Malaysia menghormati New Zealand atas sumbangan mereka kepada kemerdekaan Malaysia,” kata beliau.

Semasa upacara itu, Mohamad menyaksikan majlis menandatangani dokumen penyerahan rasmi 27 rangka antara Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand Mej Jen Peter Kelly.

Sebanyak 27 rangka yang diserahkan kepada New Zealand hari ini terdiri daripada 26 askar New Zealand dan seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Malaysia antara 1955 hingga 1971.

Kelly dalam ucapannya memuji Malaysia kerana menjaga dengan baik perkuburan 27 askar New Zealand yang disemadikan di Tanah Perkuburan Komanwel di kem Terendak di Melaka, Taiping dan Cheras.

“Operasi Te Auraki tidak akan berlaku tanpa sokongan dari Malaysia. Terima kasih,” kata beliau.

Kelly berkata, pada masa ini masih terdapat kubur askar-askar New Zealand di Malaysia dan keluarga mereka bersetuju untuk perkuburan itu terus kekal di negara ini. — BERNAMA

Tags: Mohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd