• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Makan Secara Sederhana, Tidak Perlu Pantang”

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Makan secara sederhana, tetapi tidak perlu pantang tentang makanan,” nasihat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lee hari ini memuat naik ke laman Facebook foto beliau ketika mengunjungi Menteri Dalam Negeri Malaysia itu pada Khamis.

“Beliau semakin pulih di sebuah hospital di sini selepas menjalani pembedahan. Gembira pembedahan itu berjaya dan beliau beransur sembuh.

“Saya berkongsi dengan beliau nasihat daripada doktor saya sendiri semasa saya sedang sakit – makan secara sederhana, tetapi tidak perlu pantang tentang makanan. Saya masih ingat lagi… saya malah menikmati durian!” tulis beliau.

Lee turut mendoakan semoga Muhyiddin segera sembuh.

Pada 30 Julai, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean menziarahi Muhyiddin.

Muhyiddin baru-baru ini menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan daripada pankreas beliau, yang berjaya dikesan pada peringkat awal.

Beliau kini bercuti sejak 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien LoongTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd