• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Mat Rempit Termasuk 2 Pelajar Sekolah Ditahan

oleh
11/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka merempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula 12 tengah malam tadi dan tamat enam jam kemudian itu, polis menahan lima mat rempit berumur 17 hingga 19 tahun.

“Lima remaja yang sedang leka merempit dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya itu tidak menyedari kegiatan mereka dipantau pihak polis sebelum semuanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberi amaran kepada mat rempit yang selalu menjadikan kawasan itu sebagai lokasi merempit dan berlumba haram agar menghentikannya kerana polis akan mengambil tindakan berterusan di kawasan BORR bagi membanteras kegiatan itu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan Bandar Perda, Bukit Mertajam bermula 6 petang semalam dan tamat tiga jam kemudian.

Katanya dalam operasi itu sebanyak 77 motosikal diperiksa dan 44 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai topi keledar, melanggar lampu isyarat, tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan mat rempit dan jenayah jalanan di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Rempit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Ditahan Terlibat Kes Samun Dan Pecah Kedai

Next Post

Waris Namakan Anak Kedua Tihani Izz Nina

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

23/04/2023
0

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah...

Next Post

Waris Namakan Anak Kedua Tihani Izz Nina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd