• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGBT Perlu Hormati Hak , Sensitiviti Golongan Majoriti

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

“​Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak… majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

“Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara,” katanya.

“Kalau mereka (golongan LGBT) mengamalkannya di ruang peribadi mereka itu adalah antara mereka dengan Tuhan tetapi apabila mereka mengamalkanya di khalayak dan mempromosikannya pula, maka itu melanggar norma-norma dan syariat. Kita menghormati hak mereka tetapi mereka perlu bataskannya hanya di ruang peribadi,” katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan seminar Cakna Isu-Isu Semasa “Wacana Kontemporari Wanita dan Hak Asasi”, Fuziah berkata adalah penting untuk memastikan golongan wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan.

“Ini adalah kerana perspektif yang dibawa wanita adalah berbeza daripada lelaki dan bagi memberi keseimbangan dalam setiap keputusan perlu adanya input-input daripada golongan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuziah SallehLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd