• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terlibat Pecah Kenderaan Ditahan

oleh
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki dan memburu rakannya kerana terlibat kegiatan pecah kenderaan sebelum mencuri barangan berharga yang terdapat dalamnya di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Guar Perahu kira-kira pukul 9 pagi semalam selepas dia dan rakannya memecah sebuah kerata di Apartment Palma Laguna, Jalan Baru di sini.

“Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, lelaki itu dan rakannya telah memecah masuk sebuah kenderaan dan melarikan beberapa dokumen penting serta barangan berharga dan wang tunai sebanyak RM3,000 milik mangsa.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa dan rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di apartmen itu, polis menyerbu rumah suspek dan menahan lelaki itu dan merampas sebatang besi yang diasah tajam dihujungnya dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dokumen dan wang mangsa dipercayai berada bersama rakan suspek dan usaha mengesan lelaki berusia 30an itu giat dijalankan serta dipercayai dia berada di sekitar Bukit Mertajam.

Nik Ros Azhan berkata susulan penahanan lelaki yang mempunyai enam rekod lampau jenayah itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah kenderaan yang berlaku sejak dua bulan lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai toyol berusia 23 tahun kerana terlibat dalam kejadian pecah rumah di sekitar Sungai Dua, Butterworth dekat sini.

“Lelaki itu ditahan pukul 12.05 tengah malam tadi di Sungai Dua susulan laporan polis dibuat seorang mangsa yang rumahnya dipecah masuk dalam kejadian pukul 3 pagi semalam serta kerugian lebih RM1,500.

“Suspek melarikan dua buah telefon bimbit dan wang tunai milik lelaki itu dan isterinya. Siasatan mendapati dia terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan sejak dua bulan lepas,” katanya.

Katanya lelaki yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu positif dadah dan dia kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aplikasi E-Hailing cALLme Diperkenalkan Di Klia Sept Ini

Next Post

Skuad Skuasy Wanita Mampu Peroleh Keputusan Positif

Related Posts

Pasangan Suami Isteri Ditahan Terlibat Kes Pecah Kereta

27/08/2018
0

SEREMBAN - Sepasang suami isteri yang membiayai kehidupan seharian mereka termasuk membeli dadah menerusi hasil jualan barang daripada kegiatan pecah...

‘Geng Subuh’ Aktif Pecah Kereta Di Masjid Tumpas

20/03/2017
0

YAN - 'Geng Subuh' yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di dalam kawasan masjid sekitar daerah ini tumpas selepas tertangkapnya...

Next Post

Skuad Skuasy Wanita Mampu Peroleh Keputusan Positif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd