• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Ringan Kereta Dipandu Langgar Gajah

oleh
15/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGGI – Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta Toyota Avanza dipandunya melanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira 10.30 malam itu menyebabkan Mohd Khairul Abdul Karim, 33, cedera di bahagian muka kiri membabitkan pipi, bibir dan kelopak mata hingga menerima 20 jahitan akibat hentakan.

Mohd Khairul yang merupakan pekerja Felda berkata kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sedili, di sini, selepas selesai urusan di Johor Bahru.

Menurut Khairul, apabila di lokasi kejadian, dia terkejut melihat sekawan gajah berada di tengah jalan dan tidak sempat mengelak hingga melanggar kaki seekor daripada gajah berkenaan.

“Keadaan jalan ketika itu gelap. Disebabkan saya menggunakan lampu rendah, saya gagal mengesan kehadiran sekawan gajah yang dianggar antara tiga dan empat ekor berkenaan.

“Saya gagal mengelak lalu melanggar kaki seekor gajah tersebut. Saya panik lalu segera keluar daripada kenderaan kerana bimbang diserang gajah berkenaan walaupun gajah terbabit menuju ke dalam hutan berhampiran,” katanya.

Mohd Khairul yang memiliki empat anak berkata, dia kemudian dibantu sepasang suami isteri yang menaiki sebuah Perodua Viva sekali gus menghubungi ambulans.

“Ketika kami sedang menunggu kehadiran ambulans, sekawan gajah yang sama berpatah balik ke arah kereta saya, lalu memijak kenderaan hingga remuk di bahagian hadapan sebelum melarikan diri ke hutan semula,” katanya.

Menurutnya, dia merasa amat bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri setelah melanggar gajah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain yang ditemui pula berkata kejadian membabitkan gajah merupakan kes kelapan dilaporkan di kawasan Sedili tahun ini.

Beliau berkata isu gajah sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu yang merosakkan tanaman serta mengancam penduduk sekitar Felda Waha, Aping Timur, Aping Barat, Felcra Sungai Ara dan Bukit Easter serta Mawai.

“Bagi menangani isu ini, saya menggesa pihak kerajaan negeri meneruskan projek santuari gajah di Panti, di sini, bagi menempatkan hidupan liar itu yang berkeliaran di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: gajah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd