• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bayar Wang 13 Guni Syiling Kepada Bekas Isteri

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM kepada seorang lelaki mendakwa anak guamnya tidak berniat untuk cuba menimbulkan sebarang gangguan terhadap bekas isterinya apabila dia membayar 178 juta rupiah (RM49,849) yang diperintahkan mahkamah sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes perceraian mereka dengan wang syiling.

Dwi Susilarto tiba di mahkamah syariah Karanganyar di Jawa Tengah pada Khamis dengan mengangkut lebih 13 guni syiling bernilai 153 juta rupiah (RM43,044) yang beratnya ditimbang sekitar 890 kilogram menurut peguamnya, Sutarto.

Bakinya dibayar dengan wang kertas.

Kekecohan hampir berlaku antara Susilarto dan peguam bekas isterinya yang enggan mengira wang yang diangkut menggunakan kereta sorong yang ditolak oleh lelaki berusia 54 tahun dan dua orang kawannya.

Walaupun bentuk pembayaran anak guamnya adalah luar biasa, Sutarto menegaskan bahawa Susilarto tiada sebarang niat jahat terhadap bekas isterinya, Hermi Setyowati.

“Tidak ada niat untuk timbulkan gangguan. Wang itu diperoleh daripada sumbangan rakan-rakan, simpanan tabung dan lain-lain,” kata Sutarto memetik Detik.

Menurut laporan media, Setyowati berkata pembayaran itu adalah satu hinaan dan sindiran bahawa dia adalah seorang yang miskin.

Bagaimanapun, dia akhirnya menerima wang itu dan mahkamah mengarahkan kakitangannya untuk mengira wang tersebut.

Menurut prosiding mahkamah, Susilarto memfailkan perceraian kerana mendakwa dia dan bekas isterinya tidak tinggal bersama selama sembilan tahun.

Mereka dilaporkan berkahwin mut’ah, sejenis perkahwinan kontrak bersifat sementara berdasarkan persetujuan antara kedua belah pihak.

Mahkamah syariah mengarahkan Setyowati dibayar 43 juta rupiah untuk perbelanjaan hidupnya tetapi selepas rayuan dibuat Mahkamah Syariah Jawa Tengah mendapati bahawa Susilarto harus membayar 178 juta rupiah kepadanya.

Pada 2013 seorang wanita Amerika membayar AS$50.12 kepada bekas suaminya dengan syiling yang dicampur dengan beras dan kacang. – mStar Online

Tags: duit syilingkes cerai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Gula Turun 10 Sen

Next Post

Nicol Terbaik Sepanjang Zaman

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

BNM Lancar Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun LKIM Ke-50

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena sambutan ulang tahun Lembaga Kemajuan...

Next Post

Nicol Terbaik Sepanjang Zaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd