• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuartet 4X100M Negara Intai Peluang Lakar Kejutan

oleh
30/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kuartet 4x100m lelaki negara mengintai peluang untuk mencipta kejutan dalam aksi final pada hari terakhir acara olahraga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di sini, esok.

Kuartet dibarisi Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail mencatat masa 39.59 saat untuk menduduki tangga keempat daripada tujuh pasukan dalam saringan kedua pada aksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam ini.

Indonesia mencatat masa terpantas 39.03 saat, diikuti Taiwan dan Thailand menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga, masing-masing dengan catatan 39.15 saat dan 39.52 saat.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana dapat masuk final, esok dan kami sasar buat terbaik nanti. Kami datang ke sini dengan misi memperbaharui rekod kebangsaan, namun kita tidak memandang mudah cabaran negara lain pada saingan esok,” kata Khairul Hafiz ketika ditemui media Malaysia selepas acara berkenaan.

Nada berbeza disuarakan pemegang rekod kebangsaan acara lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin yang kecewa setelah menduduki tangga kelima daripada 11 peserta dengan balingan sejauh 57.70 meter.

“Saya terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri untuk meraih sekurang-kurangnya pingat perak memandangkan balingan terbaik pada musim ini dan rekod peribadi saya adalah pada kedudukan kedua.

“Selain itu, saya terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri untuk mencipta jarak balingan lebih baik tapi saya harap dapat tebus balik kekecewaan pada Kejohanan Asia di Doha, Qatar, tahun depan,” kata Muhammad Irfan yang memegang rekod kebangsaan dengan balingan sejauh 62.55 meter pada kejohanan olahraga di Austria, tahun lepas.

Dalam pada itu, dua lagi wakil negara, Muhammad Hakimi Ismail dan Iskandar Alwi mempamerkan aksi mengecewakan setelah menduduki tangga terbawah dalam acara lompat kijang lelaki dan lompat bergalah lelaki.

Muhammad Hakimi yang merupakan pemegang rekod kebangsaan, sekadar melakukan lompatan sejauh 16.15 meter untuk menduduki tangga ketujuh daripada 14 peserta, manakala Iskandar Alwi yang juga pemegang rekod kebangsaan, mencatat lompatan 5.20 meter untuk mengakhiri saingan di tempat kesembilan daripada 13 peserta.

Untuk rekod, Malaysia masih gagal meraih sebarang pingat sejak hari pertama acara olahraga membuka gelanggang pada 25 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd