• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Tarik Balik Permit Mengajar 2 Guru Tadika Dera Murid

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial semalam.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima,” katanya.

Kementerian itu berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.

KPM berkata ia turut menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit susulan laporan polis yang dibuat pada Sabtu lepas (11 Ogos) oleh pengurus tadika tersebut.

Menurut laporan media, dua guru yang berusia 21 dan 40 tahun itu telah ditahan polis Sabtu lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Sementara video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukkan tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi. – BERNAMA

Tags: dera muridPermit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Belum Bincang Tindakan Terhadap Dr Nur Ilyani

Next Post

Tiada Halangan Majikan Bayar Gaji Secara Mingguan

Related Posts

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

28/06/2023
0

George Town – Tindakan seorang pemandu lori membawa 14 ekor lembu korban tanpa permit pemindahan akhirnya membawa padah apabila dia...

Wanita Ditahan Simpan, Jual Mercun Tanpa Permit

Wanita Ditahan Simpan, Jual Mercun Tanpa Permit

06/04/2023
0

SEPANG: Seorang peniaga wanita ditahan polis kerana menyimpan stok mercun tanpa lesen sah dan tiada kelulusan menjual mercun yang bersyarat....

Next Post

Tiada Halangan Majikan Bayar Gaji Secara Mingguan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd