• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPJ Pasir Gudang Terima 60 Kes HFMD Sejak Jan

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menerima 60 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang rata-rata dihidapi pesakit kanak-kanak berumur bawah lima tahun, sejak Januari hingga kini.

Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr Aziz Rahman Ibramsha berkata kes berkenaan mencatatkan peningkatan berbanding 45 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata hal ini kerana tahap kesedaran masyarakat terutama ibu bapa mengenai HFMD dilihat masih pada tahap rendah dan secara tidak langsung penularan wabak berkenaan sukar untuk dibendung.

“Penyakit ini pada amnya adalah penyakit yang biasa dan boleh diubati dengan rehat, pemberian ubat untuk redakan ulser dan minum air dengan secukupnya untuk elak hidrasi.

“Namun, HFMD ada beberapa jenis khususnya bagi virus Enterovirus 71 (EV71) ianya boleh membawa maut dan komplikasi berbahaya. Oleh sebab itu, langkah pencegahan awal sangat penting terutama bagi ibu bapa yang menghantar anak di taska di mana kanak-kanak terdedah dengan virus itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 60 kanak-kanak Taska Kyrana, di sini hari ini, bagi berkongsikan ilmu dan pendedahan aspek penjagaan kesihatan yang bertujuan mendidik kanak-anak cara mencuci tangan dengan betul serta kebersihan diri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pasir Gudang Mohd Azhar Abdulllah.

Dr Aziz Rahman berkata antara pencegahan awal yang boleh dibuat khususnya ibu bapa dan pihak taska adalah dengan mengutamakan kebersihan terutama membersihkan bahagian tapak tangan di mana virus itu mudah merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur dan lepuh.

“Setiap kali uruskan kanak-kanak terutama pihak taska yang mengendalikan kanak-kanak yang ramai, perlu dipastikan tangan kanak-kanak dan pengurus juga sudah dibersihkan terlebih dahulu supaya virus itu tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata aktiviti turun padang dan lawatan ke taska berkenaan menjadi antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang komited bagi mencegah penularan HFMD di negeri ini.

“Peralatan atau taman permainan yang sering digunakan terdedah kepada kanak-kanak di pusat penjagaan, jadi aspek kebersihan penting melalui cara mencuci tangan dengan betul dan persekitaran yang bersih bagi menghindari penularan penyakit ini.

“Kita juga akan meneruskan jelajah ke taska atau tadika dari semasa ke semasa bagi memberi pendidikan kesihatan tentang kepentingan kebersihan diri dan premis serta disinfeksi termasuk kepada penyelia pusat jagaan berkenaan” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syurga Kucing Terbiar

Next Post

Cromok Perkenal ‘Thrashditional’ Sempena Konsert Di Pasir Gudang

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

Next Post

Cromok Perkenal 'Thrashditional' Sempena Konsert Di Pasir Gudang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd