• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Proses Papan Lapis Haram Diserbu

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARIKEI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 bersama kakitangan Sarawak Forestry Corporation Sibu berjaya mengesan kilang memproses papan lapis secara haram di Kilometer 18, Jalan Sungai Paoh semalam.

Dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu, pegawai dan anggota PPM Wilayah 5 Sarikei bersama pihak SFC melakukan serbuan berkenaan.

Menurut Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, serbuan tersebut mendapati aktiviti memproses kayu menjadi papan lapis dipercayai secara haram.

“Seorang warga Indonesia dipercayai pekerja ditahan dan laporan polis dibuat ke atas pekerja, barangan dan jentera.

“Kita merampas dua buah jengkaut, sebuah mesin memproses papan lapis, papan lapis, kayu balik pelbagai saiz, generator dan kayu bergergaji disamping tiga ekor burung murai dengan nilai rampasan berjumlah RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes itu diserahkan kepada pihak Perhutanan Sarikei untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Ordinan perhutanan 2015.

“Bagi tiga ekor burung murai batu diserahkan kepada SFC Kuching untuk perlindungan,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Salehuddin berkata, seorang warga Indonesia yang gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan Permit kerja telah ditahan pada pukul 10.10 pagi di kawasan sama semalam.

“Laporan polis dibuat dan lelaki itu diserahkan kepada Balai Polis Jakar untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Sarawak Forestry Corporation Sibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd