• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khim Wen Tuai Pingat Pertama Negara Di Jakarta

oleh
19/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Atlet taekwondo kebangsaan Yap Khim Wen menyumbang pingat pertama kontinjen negara pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang selepas meraih gangsa dalam acara individu poomsae wanita, hari ini.

Lebih membanggakan, kejayaan itu menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen/Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Khim Wen berkongsi pingat itu dengan atlet Korea Selatan, Yun Jihye yang turut terkandas pada pusingan separuh akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini, hasrat Khim Wen untuk mencipta kejutan dan mara ke final dileburkan oleh atlet Iran, Salahshouri Marjan.

Khim Wen mengutip 8.300 mata keseluruhan sementara Marjan meraih 8.430 untuk mara ke final dan berdepan atlet tuan rumah Defia Rosmaniar.

Terdahulu, atlet berusia 24 tahun dari Selangor itu mudah mengetepikan cabaran atlet Bahrain, Huda Akbar pada pusingan pertama sebelum sekali lagi menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pesaing dari China, Ji Yuhan pada peringkat suku akhir. – BERNAMA

Tags: Sukan AsiaTaekwondo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd