• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Akan Fail Saman Berhubung Dakwaan Anjur Pesta Gay

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad akan memfailkan saman terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin berhubung fitnah menyatakan beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Khalid berkata ia merupakan tuduhan yang berat dan tidak berasas serta telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

“Saya tidak tahu mana perempuan itu dapat maklumat itu. Bila buat tuduhan itu dia pun tidak tunjuk apa-apa bukti yang kononnya saya luluskan pesta gay. Ia merupakan tuduhan yang amat berat kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis taklimat media Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIAF 2018) di sini, hari ini.

Wan Asshima didakwa menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya baru-baru ini tetapi video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi​​​​​​ oleh​​​​​​ Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi

Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.

Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat. – BERNAMA

Tags: gayKhalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasuh Ditahan Dera Bayi Berusia 10 Bulan

Next Post

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

Related Posts

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

Cacar Monyet Bukan Penyakit Gay – WHO

29/05/2022
0

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jangkitan virus cacar monyet yang dikesan terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat...

Next Post

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd