• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Hafiz Ketuai Cabaran Pelari Pecut Negara Ke Separuh Akhir

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mengetuai barisan pelari pecut kebangsaan mara ke saingan separuh akhir acara pecut 100 meter (m) pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.18 saat (s) menamatkan aksi pusingan pertama saringan ketiga di kedudukan ketiga selepas merakam 10.47s di belakang juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri (10.27s) dan pelari China Xu Zhouzheng (10.40s), di Stadium Gelora Bung Karno di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita berkata catatan hari ini adalah sekadar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan optimis mampu menampilkan larian yang lebih bertenaga apabila turun beraksi di separuh akhir yang dijadual berlangsung esok.

“Persiapan saya di sini (Jakarta) tidak begitu baik apabila hanya dua kali dibenarkan menguji blok permulaan selain itu ini kali pertama saya berlari dalam keadaan stadium yang dipenuhi penyokong jadi mungkin ia sedikit memberi kesan kepada larian saya.

Tetapi saya tetap berpuas hati dan larian hari ini hanya untuk memastikan saya layak ke separuh akhir jadi saya akan lebih bersedia selepas ini untuk memberikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa mencatat 10.43s dalam saringan keempat untuk berada di tempat kedua di belakang pelari China, SU Bingtian yang merekodkan 10.27s manakala pelari Taiwan, Weihsu Wang di kedudukan ketiga (10.55s).

Turut menepati ramalan mara ke separuh akhir adalah jaguh pecut wanita kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli yang menamatkan saringan ketiga di tempat ketiga dengan catatan 11.59s ditinggalkan pelari China, Yongli Wei ditempat pertama (11.32s) manakala Hajar Alkhaldi dari Bahrain ketiga (11.35s). – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd