• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFC Lancar Fesyen Termasuk Pakaian Renang

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja KFC, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya keenakan serta kerangupan ayam goreng mereka yang popular sejak dahulu lagi.

Namun, syarikat rangkaian makanan segera itu melebarkan sayap mereka apabila bakal tampil dengan koleksi pakaian mereka tidak lama lagi.

Masih mengekalkan identiti yang sudah sinonim dengan mereka, KFC bakal menyuntik elemen makanan dalam rekaan pakaian itu.

Antara yang bakal dijual ialah seluar sukan dengan cetakan corak nugget ayam, corak kentang goreng, stokin, baju serta pelbagai aksesori fesyen bertemakan makanan.

Selain itu, mereka turut menawarkan rantai emas yang bertulis slogan rasmi mereka “finger lickin good” (sedap hingga menjilat jari).

Lebih menarik, mereka turut menjual papan luncur ombak dengan logo KFC serta pakaian renang berwarna merah putih, simbolik warna rasmi rangkaian makanan segera itu.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi pakaian itu, ia malangnya hanya akan dikeluarkan di Australia sahaja.

Malah, ia merupakan sebahagian daripada kempen Yayasan Belia KFC yang komited dalam membantu anak muda yang tidak berkemampuan untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan. – Mirror.UK

Tags: FesyenKFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kini Bebas Fitnah, Akta Antiberita Palsu Dimansuh

Next Post

Remaja Tendang Kucing Kena Bon Kelakuan Baik

Related Posts

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

30/05/2024
0

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam...

Pedas Ngam Ngam, Sedap Kaw Kaw

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus...

Next Post

Remaja Tendang Kucing Kena Bon Kelakuan Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd