• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Musa Aman Dirujuk Kepada Pejabat Peguam Negara

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kertas siasatan berhubung kes laporan polis membabitkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hampir siap dan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, bagaimanapun terdapat sedikit tambahan percakapan perlu direkodkan untuk melengkapkan kertas siasatan itu.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung perkara itu dan setakat ini sahaja maklumat yang kita ada pada masa ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini.

Pada 14 Mei lepas, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap Musa dipercayai berkaitan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Sebaik laporan polis dibuat, percakapan Juhar turut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Musa telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri daripada BN berpaling tadah kepada Warisan.

Sementara itu, mengulas mengenai kebakaran yang memusnahkan lebih 300 rumah di perkampungan atas air Semporna, semalam Ramli berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang berjalan.

“Saya dimaklumkan kebakaran di Semporna dipercayai daripada kebakaran sampah dan tiada unsur jenayah, bagaimanapun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sedang menyiasat,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, bekas Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman ACP Habibi Majinji dilantik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu bagi menggantikan ACP M Chandra yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (START) Kontinjen Sabah. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa AmanTun Juhar Mahiruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

85 Cedera Pesawat Terhempas Di Mexico

Next Post

Kita Hanya Perlu 1 Sistem Pendidikan – Rais

Related Posts

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

23/12/2022
0

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan spekulasi bahawa terdapat tiga nama lain bakal...

Mahkamah Mula Mendengar Kes Pembubaran DUN Sabah

17/08/2020
0

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan...

Next Post

Kita Hanya Perlu 1 Sistem Pendidikan - Rais

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd