• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Tolak Cadangan Iktiraf Komunis

oleh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan wajib menolak cadangan pihak tertentu supaya mengkaji semula buku teks sejarah bagi mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan mencapai kemerdekaan negara kerana langkah itu akan menafikan sumbangan ulama, rakyat dan perajurit mempertahankan tanah air, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata mengiktiraf komunis adalah seperti menggalakkan kezaliman dan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Adalah tidak perlu memperkenalkan komunis kepada generasi akan datang sebaliknya memperkenalkan sumbangan alim ulama dan pejuang-pejuang kemerdekaan untuk memupuk nilai kesetiaan kepada raja dan negara yang merupakan salah satu Rukun Negara.

“Pelajar-pelajar sekolah perlu disemai nilai-nilai murni yang holistik bukannya mendedahkan mereka kepada keganasan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata negara turut terhutang budi dengan alim ulama bagi sumbangan mereka dalam menggerakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat bagi mencapai kemerdekaan.

“Ulama menentang komunis kerana mempertahankan akidah umat Islam dan menghalang komunis daripada menjajah tanah air. Komunis telah menangkap dan membunuh alim ulama…. komunis juga telah membunuh ramai penduduk Tanah Melayu termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Harussani turut menegaskan komunis tidak memberi apa-apa sumbangan dalam kemerdekaan Malaysia malah telah menyebabkan negara ini diisytiharkan darurat selama 12 tahun bermula 7 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mengelakkan diri daripada pemikiran dan fahaman komunis seperti ateis, tolak tuhan, tolak agama, ‘free thinker’, matlamat menghalalkan cara mengikut aliran Machiavelli dan agama adalah candu​​​​​​​. – BERNAMA

Tags: KomunisTan Sri Harussani Zakaria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Sabah Jamin Terus Pertahan Hak Orang Asal Sabah

Next Post

Gaza Diserang Lagi, Orang Awam Maut

Related Posts

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

13/01/2021
0

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah...

Polis Siasat Kafe Hias Dinding Guna Wajah Pemimpin Komunis

04/01/2021
0

GEORGE TOWN - Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dua kafe di Pulau Pinang yang didapati menggunakan kertas hiasan...

Next Post

Gaza Diserang Lagi, Orang Awam Maut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd