• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Pertimbang Ambil Alih Zoo Melaka, Night Safari

oleh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri akan mempertimbang sama ada mengambil alih semula pengurusan atau meneruskan penswastaan Zoo Melaka dan Night Safari demi masa depan serta kedudukan produk pelancongan.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata keputusan itu dijangka akan dibuat dalam tempoh sebulan setelah penilaian meliputi pelbagai aspek dilakukan hasil laporan awam, laporan teknikal pada peringkat dalaman dan Laporan Ketua Audit Negara.

Beliau berkata keputusan itu penting bagi memelihara kepentingan Zoo Melaka dan Night Safari sebagai antara aset kerajaan negeri yang menyumbang pada sektor pelancongan.

“Kita sedia maklum memang ada perjanjian 60 tahun melibatkan penswataan zoo ini, namun sekiranya perjanjian itu merugikan kerajaan negeri, keputusan yang tepat perlu dilakukan. Walaupun telah diswastakan, namun zoo ini adalah aset kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Zoo Melaka dan Night Safari di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Mahani Masban dan Pengarah Zoo Melaka dan Night Safari Mohd Nawayai Yasak.

Mengulas lanjut, Adly berkata sekiranya kerajaan negeri mengambil alih pengurusan kedua-dua produk pelancongan tersebut, ia akan dikendalikan pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata sebelum ini Zoo Melaka dan Night Safari adalah antara zoo terbaik dan popular di negara ini dalam kalangan pelancong tempatan.

Sementara itu, Mohd Nawayai berkata setakat ini terdapat 554 haiwan yang dipelihara di zoo tersebut berbanding kira-kira 600 ekor pada 2015 dan kedatangan pengunjung turut berkurang kepada 420,000 pada tahun lepas berbanding 450,000 pada 2016.

Beliau berkata jumlah haiwan berkurangan adalah disebabkan faktor cuaca manakala penurunan jumlah kedatangan pengunjung pula kerana khabar angin yang tidar benar tentang zoo dan haiwan tersebut.

“Berkaitan berita singa yang kurus dan tidak diberi makan pihak zoo seperti yang ditularkan dalam media sosial adalah tidak benar kerana haiwan itu sebenarnya telah tua dan pada peringkat usia itu pergerakannya agak terbatas, tidak aktif dan fizikal juga berbeza berbanding yang masih muda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly Zaharizoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

15/01/2023
0

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

25/12/2021
0

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd