• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Dirempuh Bas RapidKL Boleh Tuntut Ganti Rugi

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan yang rosak akibat dirempuh sebuah bas henti-henti milik RapidKL di Jalan Ampang di sini, semalam boleh membuat tuntutan ganti rugi.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata pemilik kenderaan berkenaan perlu menghubungi RapidKL di talian 03-7885 2585 untuk proses tuntutan.

“Ada beberapa prosedur yang perlu dibuat (oleh pemilik kenderaan) seperti hantar laporan polis. Pihak RapidKL akan bantu menyalurkan maklumat untuk proses tuntutan,” katanya pada sidang media di Depoh Maluri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut insiden itu, beliau berkata pemandu bas laluan Datuk Keramat menuju Ampang Point itu telah berkhidmat sejak dua tahun lepas dan mempunyai rekod yang baik.

“Kami tidak dapat pastikan sama ada beliau mempunyai masalah kesihatan atau tidak kerana maklumat terperinci masih belum diperoleh.

“Kami (RapidKL) memohon maaf atas kejadian ini dan akan beri kerjasama kepada pihak polis,” katanya sambil menambah pihaknya tidak dapat memastikan sama ada terdapat penumpang atau tidak di dalam bas ketika kejadian.

Ditanya adakah bas berkenaan mempunyai masalah teknikal, Shamsul Rizal berkata pihaknya perlu memeriksa bas itu terlebih dahulu. Mengikut SOP RapidKL, hanya bas yang berada dalam keadaan baik dibenarkan beroperasi.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular dalam media sosial. – BERNAMA

Tags: KenderaanRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd