• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Perangi LGBT Bukan Untuk Memusuhi Sesiapa

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kempen kesedaran mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak seharusnya dilihat sebagai langkah untuk bermusuh dengan mana-mana pihak.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata pelbagai kempen yang kini giat dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) hanyalah untuk mengingatkan tentang kegiatan LGBT yang haram hukumnya dalam Islam dan dilaknat Allah.

“Semua kempen ini bertujuan untuk meminta golongan terlibat supaya menghentikan semua tuntutan kerana ia salah di sisi agama dan dilaknat Allah.

“Kita bukan mahu bermusuh dengan sesiapa tetapi mahu kegiatan ini dihentikan kerana ia dilarang oleh Allah dan bimbang azab serta bala seperti yang berlaku pada zaman kaum Nabi Luth dahulu seperti yg diceritakan dalam al-Quran,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen kesedaran bahaya LGBT anjuran Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang (Ukhwah) di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kempen tersebut Kadi Daerah Kuantan Abdul Zaki Md Zain dan Presiden Ukhwah Zulkefkly Senek.

Abdul Rahman berkata kempen anjuran Ukhwah ini dilihat sebagai pendekaran yang baik untuk mendidik dan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai LGBT.

“Jabatan Mufti Pahang menyambut baik usaha yang dilakukan Ukhwah dan badan NGO kerana isu ini dilihat berbahaya kepada pembangunan moral manusia.

“Saya lihat pertemuan hari ini disambut baik oleh orang ramai termasuklah mereka yang bukan beragama Islam dan ini menunjukkan petanda positif dalam mengelak gejala ini daripada terus berleluasa dalam maysrakat,” katanya.

Jabatan Mufti Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO yang ingin menjalankan kempen-kempen seumpama ini pada masa akan datang.

“Selain itu, kita juga merancang untuk menyediakan satu tempat khusus bagi memberi penerangan dan juga khidmat nasihat serta kaunseling mengenai LGBT kepada sesiapa sahaja yang ingin merungkai persoalan mahupun kekeliruan,” katanya. – BERNAMA

Tags: LGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd