• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Di Twitter Guru Sekolah Memandu Gatal, Sejenis Pun OK!

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas tular kisah gangguan seksual terhadap doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan pada bulan lalu, kini para pelajar sekolah memandu pula tampil menceritakan pengalaman masing-masing yang mendakwa berdepan situasi sama.

Rata-rata mangsa tidak mendedahkan identiti masing-masing ketika berkongsi pengalaman mereka kepada pemilik akaun Twitter @myjoe_.

Seorang pengguna Twitter terpaksa berdepan detik menakutkan apabila seorang guru sekolah memandu memegang tangannya yang ketika itu sedang memandu dan meletakkan tangan kirinya di atas alat sulitnya.

“Dia duduk tempat duduk penumpang kemudian menyuruh saya memandu menggunakan sebelah tangan, hanya untuk menguji saya.

“Jadi saya guna tangan kanan. Dia memegang tangan kiri saya dan meletakkannya ke atas kelangkangnya.

“Masa itu, saya takut jadi saya tidak berani berbuat apa-apa selain menarik tangan,” katanya melalui pesanan peribadi yang dihantar kepada @myjoe_.

Tambah mangsa, guru terbabit didakwa turut cuba meraba dadanya dan merehatkan tangan di bahagian bahu tempat duduk pemandu sehingga menyebabkan tangan guru tersebut ‘tergantung’ berhampiran dadanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa menceritakan dua guru sekolah memandu cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya yang berpewatakan seorang lelaki lembut.

“Cikgu saya pernah cakap, “mata tu pandang jalan, jangan pandang stereng, kalau tak nak pandang jalan, ni pandang k**** abang”. Saya diam je,” tulisnya.

Dalam kejadian lain yang turut menimpa mangsa, seorang lagi guru cuba meletakkan tangan lelaki itu ke bahagian kemaluannya namun ditolak oleh mangsa.

“Cikgu motosikal ni tolong ajarkan. Saya duduk belakang.

“Dia suruh saya peluk dia. Lepas itu, doa bawak pusing litar. Jauh sedikit, dia turunkan tangan saya dekat kemaluan dia.

“Saya tolak la. Dia kata, “ala, macam tak suka pula”. Tapi saya ini lelaki, lelaki lembut,” katanya yang meluahkan rasa penat menjadi lelaki sepertinya.

Posting yang dimuat naik oleh @myjoe_ pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Posting tersebut menerima 6,156 ulang kicau (retweets) dan mendapat 3,939 tanda suka.

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut memberikan reaksi kepada posting tersebut meminta agar mangsa menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk tindakan segera.

“Mohon salurkan kepada kami untuk tindakan segera.

“(Layari laman web) jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do, kerjasama amat dihargai,” tulis JPJ. – mStar Online

Tags: gangguan seksualTwitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd