• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecekapan Sistem Kendalian Bagasi KKIA Meningkat 70 Peratus

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha penambahbaikan sistem kendalian bagasi (BHS) yang selesai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) terbukti berjaya meningkatkan kecekapan kendalian bagasi sebanyak 70 peratus iaitu 4,300 beg sejam kepada lebih 7,200 beg dalam masa sejam.

Malaysia Airports Holdings Bhd berkata penambahbaikan bernilai RM19 juta itu membabitkan pemasangan kemudahan saringan bagasi di kaunter daftar masuk iaitu sistem kendalian bagasi yang sama digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain BHS baharu itu, lebih 28 projek penambahbaikan operasi dan lainnya telah dikenal pasti untuk KKIA yang membabitkan pelaburan tambahan sebanyak RM23 juta.

“Lapangan terbang ini mencatatkan pertumbuhan dua angka sejak pemindahan operasi dari Terminal 2 ke Terminal 1,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Menurutnya, berbanding tahun-tahun sebelum ini, pertumbuhan pergerakan penumpangnya adalah masing-masing 10.5 peratus dan 10.2 peratus bagi 2016 dan 2017 manakala jumlah syarikat penerbangan yang beroperasi di KKIA turut meningkat.

Setakat Julai lepas, sebanyak 18 syarikat penerbangan beroperasi dari KKIA dengan mencatat 4.9 juta pergerakan penumpang manakala pergerakan pesawat pula mencecah lebih 2,000 buah.

Raja Azmi berkata penambahbaikan dan pelaburan tambahan seperti menempatkan lebih banyak kaunter imigresen kepada 20 berbanding 10 kaunter ketika ini selain jejantas menaiki pesawat perlu dilaksanakan bagi menampung pertumbuhan di pintu masuk itu.

“Usaha menambah baik lapangan terbang kekal menjadi tumpuan utama dalam pelan perniagaan kami. Pada 2018 sahaja, kami membelanjakan RM363 juta dari segi perbelanjaan modal untuk 252 projek di 26 lapangan terbang kendalian MAHB, tidak termasuk KLIA.

“Bagi Sabah khususnya, projek bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan itu telah dilaksanakan di Lahad Datu (bernilai RM700,000), Sandakan (RM4.3 million) manakala Tawau (RM6.8 juta),” katanya. – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hilang Alat RDD Bukan Kejadian Pertama

Next Post

Daim Cadang Temu PM Bincang Masa Depan CEP

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

Next Post

Daim Cadang Temu PM Bincang Masa Depan CEP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd