BERLIN – Kira-kira 600 orang penduduk dipindahkan daripada kediaman mereka selepas satu kebakaran hutan berlaku dekat Berlin, semalam.
Menurut polis, kebakaran melibatkan kawasan seluas 300 hektar selatan Potsdam itu merebak dalam jarak 100 meter di tiga buah kampung.
Tambahnya, penduduk diminta berpindah dan hanya membawa dokumen dan ubatan penting. – AFP


