• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Tumpaskan Sindiket Rokok Bernilai RM5.4 Juta

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan dan Melaka menumpaskan cubaan menyeludup rokok dengan nilai dan cukai berjumlah RM5.4 juta, selepas menahan tiga lori di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata ketiga-tiga lori tiga tan itu ditahan di dua lokasi berlainan kira-kira 5 pagi dan merampas 7.4 juta batang rokok jenama U2.

“Sebuah lori kami tahan di KM188.4 dan menahan pemandunya manakala dua lori lagi kami tahan di KM201.8, bagaimanapun pemandunya berjaya melarikan diri.

“Kami percaya ketiga-tiga lori ini adalah daripada sindiket yang sama kerana mereka seperti berkonvoi selain menggunakan jenis lori dan jenama rokok yang sama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rokok itu dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan bot pancung dan memasuki jeti haram sebelum dipunggah menggunakan lori untuk pasaran tempatan.

“Dengan penahanan seorang suspek berusia 28 tahun ini, kami harap dapat jejaki sindiket ini. Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam sebelum didakwa di mahkamah,” katanya.

Zulkifli berkata kesalahan ini dilakukan mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: jabatan kastamRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempat Sama, Tapi Calon BN Pula Difitnah

Next Post

‘Pre-Mix’ Beri Sajian Ala Malaysia Kepada Jemaah Haji

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

Next Post

'Pre-Mix' Beri Sajian Ala Malaysia Kepada Jemaah Haji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd