• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Tak Cukup Bagus: Pogba

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIGHTON, United Kingdom: Kapten Manchester United Paul Pogba mengakui pasukannya tidak mempunyai sikap yang diperlukan apabila tewas 2-3 kepada Brighton susulan aksi pertahanan yang kucar-kacir.

Buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun, skuad Jose Mourinho bolos lebih daripada dua kali dengan ketiga-tiga gol Brighton hadir sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Glenn Murray, Shane Duffy dan penalti Pascal Gross.

“Mereka lebih bernafsu daripada kita. Saya salahkan diri terlebih dahulu. Saya tidak mempunyai sikap yang sewajarnya. Kami membuat kesilapan yang tidak sepatutnya,” kata Pogba, yang meledak penalti pada minit terakhir namun sudah terlambat untuk menyelamatkan pasukan.

Pengurus United, Mourinho memberi amaran akan musim yang ‘sukar’ di mana beliau tidak mendapat sokongan pada musim perpindahan sebelum tarikh akhir buat Liga Perdana Inggeris tamat pada minggu pertama liga.

Mengukuhkan benteng pertahanan menjadi keutamaan Mourinho dan ia terbukti apabila Victor Lindelof dan Eric Bailly berdepan detik sukar ketika perlawanan itu.

“Kami dihukum akibat kesilapan yang kami lakukan. Bagi saya itulah kisah perlawanan ini,” kata Mourinho.

“Kami melakukan kesilapan yang menakjubkan pada detik yang penting. Kesilapan yang membunuh kami.”

Romelu Lukaku kembali menghidupkan harapan United untuk menjadikan kedudukan 2-1 namun keadaan tidak banyak berubah pada separuh masa kedua sehinggalah penalti Pogba.

Keputusan itu meletakkan United ketinggalan tiga mata berbanding juara bertahan Manchester City, Chelsea dan Tottenham selepas dua perlawanan pertama musim ini.

“Saya sedar anda tidak selalunya bermain dengan cemerlang,” kata Pogba. “Namun kami perlu mempunyai sikap yang bagus dan kami kehilangan semua itu.”– AFP

Tags: Mancester UnitedPaul Pogba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Baru Pogba – Solskjaer

27/12/2018
0

MANCHESTER, England - Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United kini melihat Paul Pogba seperti yang dikenalinya ketika beliau mengendali pasukan...

Menang Ke Atas Cardiff City, Pogba Ucap Terima Kasih Kepada Mourinho

23/12/2018
0

BINTANG Manchester United, Paul Pogba berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana membantunya menjadi pemain dan individu yang lebih baik. Pogba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd