• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Dijangka Muktamad Kadar Gaji Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penetapan kadar gaji minimum baharu sektor swasta dijangka akan dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet pada minggu ini atau minggu depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata kerajaan akan menetapkan kadar seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kertas cadangan tersebut telah dikemukakan kepada jemaah menteri.

Katanya Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara telah menjalankan kajian dan rundingan dengan kesatuan pekerja, majikan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelepasan kontinjen negara ke Asean Skills Competition (ASC) di Bangkok, Thailand 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, katanya kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 48 penuntut Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menyasar untuk membawa pulang lebih pingat emas dalam menerusi 24 bidang kemahiran yang disertai dalam kejohanan yang bermula pada 26 Ogos hingga 4 Sept depan tersebut.

“Bidang dandanan rambut, masakan, welding (kimpalan) dan industri automasi adalah antara kekuatan pasukan Malaysia yang diharapkan boleh membawa pulang pingat emas pada kejohanan kali ini,” katanya.

ASC adalah pertandingan kemahiran berprestij dwitahunan dan disertai belia berkemahiran dari semua negara anggota Asean yang berusia 22 tahun ke bawah kecuali bidang mekatronik yang melibatkan penyertaan beliau berusia 25 tahun ke bawah.

Pencapaian terbaik kontinjen Malaysia adalah pada ASC 2016 di Kuala Lumpur ketika dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan memungut 22 pingat emas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang juga Chief de Mission Nidzam Kamarulzaman berkata kontinjen Malaysia komited dalam mengatur strategi bagi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang pada kejohanan kali ini.

“Kita menyasar membawa pulang lebih 10 pingat emas kerana negara tuan rumah (Thailand) akan memberi tentangan hebat kepada pasukan Mlaaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: kabinetM Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd