• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Komited Teruskan Pembinaan LRA Kahang

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri komited untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang dekat Kluang bagi mengelakkan krisis bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata usaha terbabit juga mengambil kira pembangunan ekonomi yang semakin pesat di daerah itu.

“Cadangan pembinaan LRA Kahang dan sistem agihan airnya bermula pada 28 Nov tahun lepas, bagaimanapun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat pada 3 Jan lepas menangguhkan pembinaannya,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ir Hasni Mohammad (BN-Benut) berhubung rancangan kerajaan negeri untuk membina LRA Kahang dan keupayaan loji itu bagi menampung keperluan bekalan air di Kluang.

Katanya berikutan itu, buat masa ini, kerja-kerja penyaluran air mentah dari Empangan Kahang ke LRA Sembrong Timur sedang dilaksanakan dengan kos RM53.99 juta.

Puah berkata kemajuan pembinaan paip penyaluran air mentah itu kini mencapai tahap 83.35 peratus, dijangka siap hujung September depan.

“Dengan adanya bekalan air mentah dari Empangan Kahang ke LRA Sembrong Timur dan keupayaan LRA Sembrong Barat, maka bekalan air untuk Kluang adalah mencukupi buat masa ini memandangkan penggunaan air terawat bagi Kluang adalah lebih kurang 90 juta liter sehari.

“Bagaimanapun untuk mengelak krisis air pada 2015 berulang dan kepesatan pembangunan ekonomi, maka saya telah berbincang dengan Menteri Besar Johor dan beliau bersetuju untuk meneruskan dengan pembinaan LRA Kahang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Loji Rawatan Airpembinaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

30/05/2023
0

KUALA LANGAT: Selangor dijangka berupaya menghasilkan 8,765 juta liter air sehari (JLH) menjelang 2030 melalui lebih 30 Loji Rawatan Air...

13 Loji Rawatan Air Pahang Tak Dapat Beroperasi, 54,000 Akaun Terjejas

20/12/2021
0

KUANTAN : Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd