• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan Beli Mesin Video, Ozlynn Rasa Nak Penerajang

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked mengundang kemarahan isterinya, Ozlynn.

Menerusi perkongsian video di InstaStory, Ozlynn merakam Johan bersama seorang lelaki yang sedang mengangkat mesin permainan itu untuk diletakkan dalam bilik hiburan di rumah mereka.

Dalam video itu juga, Ozylnn sempat membebel selain mempersoalkan tindakan suaminya membeli mesin itu sambil menunjukkan keadaan sekeliling bilik berkenaan yang turut dilengkapi dengan televisyen dan komputer.

“Dia buat apa wei? Dia beli ‘menatang’ apa pulak? Astaghfirullah al-Azim. Tak cukup ke dengan apa yang ada?” katanya dalam video itu.

Minat Johan terhadap permainan video bukan satu rahsia malah sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video tentang hobi suaminya itu di Instagram.

Johan memang meminati permainan video.

Johan juga pernah memberitahu dia lebih senang berada di rumah bermain permainan video daripada meluangkan masa di luar sekiranya mempunyai waktu lapang.

Dalam pada itu, Ozlynn menerusi kapsyen pada gambar itu secara bergurau ingin menendang penjual mesin video arked tersebut.

Malah Johan juga tidak terkecuali apabila Ozlynn juga ingin ‘mengajar’ suaminya kerana telah membeli permainan video itu.

“Aku rasa macam nak bagi penerajang dekat yang jual ni. Kat laki (suami) aku, malam ni tau la ko aku lipat-lipat! Ko ingat rumah aku muzium ke?,” tulisnya yang sebenar bersifat gurauan.

Untuk rekod, permainan mesin arked popular dalam kalangan remaja sekitar tahun 1990-an dan kini ia menjadi barangan koleksi oleh pencinta permainan video. – mStar Online

Tags: johan raja lawakOZLYNN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ozlynn Sah Hamil, Bakal Timang Anak Kelima

27/12/2017
0

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ozlynn dan suaminya, Johan kerana bakal menimang cahaya mata yang ke-lima tidak lama lagi selepas disahkan...

Johan, Ozlynn Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

27/12/2017
0

KECOH atmosfera hiburan tanah air apabila khabarnya pelakon yang juga merupakan finalist Super Spontan, Ozlynn kini sedang hamil anak kelima....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd