• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Tangkap 177 Paus Dalam Masa 3 Bulan

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kapal-kapal pemburu paus Jepun menangkap sebanyak 177 ekor paus minke dan sei dalam tempoh tiga bulan di barat laut Lautan Pasifik, kata kerajaan semalam.

Misi yang disertai tiga buah kapal itu pulang ke tanah air ketika Tokyo mempersiapkan hujah untuk meneruskan pemburuan paus secara komersial pada persidangan Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC) di Brazil bulan depan.

Semasa misi terbaharu selama 98 hari itu, kapal-kapal berkenaan menangkap sebanyak 43 ekor paus minke dan 134 paus sei, kata Agensi Perikanan Jepun dalam satu kenyataan.

Tekanan antarabangsa supaya Jepun menghentikan pemburuan paus hanya membuatkan ahli-ahli politik konservatif lebih bertekad untuk meneruskan usaha menyambung semula pemburuan komersial.

Ia merupakan isu yang sukar ditemui jalan penyelesaiannya walaupun Jepun mempunyai reputasi sebagai negara yang mengamalkan diplomasi.

Misi terbaharu itu merupakan sebahagian daripada projek selama 12 tahun untuk mempelajari bilangan, corak pemakanan dan biologi paus yang ingin dianalisis oleh Jepun bagi menyokong dakwaan bahawa spesies paus tertentu tidak terancam dan boleh ditangkap untuk dimakan.

Jepun menandatangani penangguhan pemburuan paus tetapi mengeksploitasi kelemahan yang membolehkan paus dibunuh atas nama penyelidikan saintifik. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Ikan Pausjepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd